Showing posts with label cakap cakap. Show all posts
Showing posts with label cakap cakap. Show all posts

Tuesday, 17 July 2012

45 hari lagi !

Salam.

Kite baru abes exam dan dah start cuti. So, dah boleh fokus untuk preparation majlis tunang. Yeay ! Tapi...... Nak mula dari apa dulu ekk?

>__<

Tuesday, 12 June 2012

Stick to the plan

Salam.


Berkenaan problem semalam. Tak nak pening pening kepala. Stick je lah ke plan untuk bertunang bulan 9 nanti. Kalau nak menikah, memang tak ready pape langsung. Fizikal mahupun mental. Duet pun takde. Huehuehue.

InsyaAllah, tahun depan. 
Doakan yang terbaek !
o(^_____^)o

Tunang atau Terus Kahwin?

Salam.


Tadi, bakal mak mertua kite call. Emm dia request, suruh kahwin terus bulan 9 neh. Tak payah tunang. Lagipun dia nak pergi haji tahun neh. Kalau boleh, dia nak kiteorang kahwin before dia pergi haji. Dia dah cakap dengan Irfan, dan Irfan setuju. Cuma Irfan takut nak tanya kite. Sebab tu Mak dia yang call kite terus. Tapi tapi tapi.............

Sempat keeee? Duit takde !!
Kursus kawen tak pergi lagik !
Borang tak setel lagik !
Ujian HIV semua tak buat!
Semua tak de !!!!!

Stresssssssssss!
(˘̩̩̩~˘̩̩̩ƪ)

Cane neh.
Isk. :'(
Tapi kite rasa, paling awal pun tahun depan kot.
Mak, kite mintak maaf. Kite bukan tanak kawen tahun neh, tapi kite tak sedia lagik..........

Wednesday, 1 February 2012

S p e e c h l e s s ! ! !

Kalau abang turun kapal bulan 5 ni,
kite tunang bulan 5 lah yunk!

Hah???

Tapi kalau tunang bulan lapan,
sayang nak kawen bulan berapa?
Bulan doblas ni boleh?

Hah??????

(-.-")
Are u kidding me sweetheart?

Deng !
Tetibe macam neves sangat sangat sangat
bile dia yang ceta bab kawen kawen.

Intanurulfateha,
awak dah besar oke.
Tak payah lah nak neves sangat.

Kite sebenarnya bukan neves,
tapi kite
SPEECHLESS!!!

Sunday, 22 January 2012

Mini Pelamin dan Pasal Tarikh *lagi*

Salam.


Tadi borak borak dengan Mama pasal Majlis Tunang tu. Mama tanya kite, kalau amek tarikh 31 Ogos boleh tak? Sebab masa tuh semua cuti. Harap masa tuh Irfan ada dekat darat lah dan harap harap tarikh tuh family dia setuju. Sebab masa tuh dalam bulan raya lagik. Raya ke 10 atau ke 11 kalau tak silap. 

Tapi tak diskas lagik benda neh dengan Irfan. Dia busy sikit sebab musim cuti camni, banyak family plan. Hari ni ada BBQ kat rumah dia. So, biar lah dia bergembira bersama keluarga tercinta. :-P

Tapi kan, 31 Ogos tuh jatuh hari Jumaat laaaaaaaaa. Mama cakap, buat malam, lepas maghrib/isyak camtuh. Aci ke tak ek? Ada ke orang tunang time malam ek? Macam tak pernah dengar jer. :'(

Pastu Mama cakap pasal Mini Pelamin DIY. Mama dah beli karpet untuk hias dekat pelamin tuh. Mesti lah beli online. Mama pen-shopping online yang tegar ! Hihi. Tak sabar nak tengok hasil Mama hias dan deko mini pelamin tuh. Mama cakap nak banyakkan warna putih, pink dan ada sikit sikit warna turquoise. (^_^)

Kite survey survey, banyak bridal yang ada mini pelamin cantik cantik. Teringin jugak. Tapi kos tinggi. Hm.. Tak pe lah. Lagipun Irfan cakap, tunang tak yah buat meriah meriah sangat. Time kawen nanti baru buat meriah meriah. InsyaAllah.

Dah terbayang bayang dah betapa cantiknya Mama hias Mini Pelamin tuuuuuuu. Hihihihi. Bestnyeee... (^_~)v Hari tuh Irfan cakap, kenapa lah dari dulu tak jumpa, tak kenal. Bila dah jumpa, masing masing sombong. Hihihi. Tak pe lah. Di takdirkan untuk jumpa orang salah dulu sebelum jumpa orang yang betul. Kan kan kan? :-)

Pastu tadik cakap cakap pasal hantaran. Maybe 9 balas 7. Kite sembilan, dia tujuh.
  1. baju nikah/sampin
  2. cekelet
  3. cincin
  4. sirih junjung
  5. kek
  6. macaron
  7. buah buahan (apple je kot)
  8. sejadah
  9. ???
Nak kasik ape lagik ek? Any idea? Nak moden tapi murah. Kah kah. Ape tah kite neh. Bajet nak kecit tapi nak moden tapi duet takde. (-.-")

Sources : Google :-)

Cantik kan? 
.
.
.
.
.
.
Skang tengah cuti sem, boleh lah riki barang dan harga. 
Tapi ada lapan bulan lagik. 
Lek lu. :-P 


Wednesday, 7 December 2011

Aminn

Salam.

Lately neh kan, macam suka bace belog B2B yang laen. Walaupun tak tinggal jejak, tapi suka bace. Survey itu ini. Dan mula create ideas :-)

Seronok tengok preparation B2B yang laen. Lagi best yang DIY. Jimat dan puas hati dengan hasil sendirik. Di doakan semoga majlis korang berjalan lancar. Aminnn. Seronok tengok korang semua happy.

Majlis kite? InsyaAllah tahun depan. Tunang dulu. Minta doakan sama agar hubungan kite dan Irfan berkekalan sampai akhir hayat. InsyaAllah. Aminnn..

Ish, banyak nyamuk pulak malam ni. darah manis kot. keh keh keh #gediknye woi!