Showing posts with label baju majlis bertandang. Show all posts
Showing posts with label baju majlis bertandang. Show all posts

Thursday, 10 January 2013

Plan bertukar !

Salam.


Entry sebelum neh, kite dok cerita yang baju songket bunga tabur tu kite nak pakai time majlis bertandang kan? Ok fine. Tak jadik. (-.-") Ini adalah kerana, majlis bertandang kite nanti simple sangat. Disebabkan ada 2 pengantin (satu lagik abang kepada tunang kite) dan pengantin lagik satu tak mau pakai baju pengantin. Doang nak pakai baju melayu biasa saje. So, kite kena lah ikut sama. Tak boleh selfish. Plus bakal mak mertua cakap, majlis ni untuk kawan kawan dan sedara sahaja. Ok pasrah.

So, lepas diskas dengan Mama kite, Mama cakap nak kite pakai baju songket time malam berinai. ^^ So, nanti kite nikah petang Sabtu, 30 March, lepas Asar. Malam Sabtu tuh nanti ada malam berinai. Then the next day will be my reception, 31 March. Time tuh pakai modern sket lah. (kononnye) Huehue.

Tapi, kite ada tempah jugak baju untuk majlis bertandang. Kuikuikui. Tak pe lah. Baju tuh nanti akan jadik salah satu hantaran yang Ifan akan bagi pada kite. So, dah jimat. Pastu pesen baju kite tuh nanti boleh pakai untuk raya. Ala ala masa tunang aritu. Cuma kali ni, kain jenis plain. Bukan rerama lagik. :-P

Dan tadik, tunang kite dah buat HIV test dan dah register online dengan JAIS. Esok insyaAllah dia nak pergi pejabat agama untuk settle-kan borang dan tandatangan saksi. Saksi dia mesti lah adik badik dia.

Err..kite pula, HIV test hari Jumaat nanti. Ektuali, boleh je buat dekat klinik tempat Mama kerja tapi Mama cakap esok busy. So, buat hari Jumaat. InsyaAllah. 

Sabtu pulak, nak pergi Jakel, carik kain untuk majlis bertandang. Ifan request nak kaler oren. Since kami berdua neh kurang cerah, so, nak carik soft orange or peach. Tengok lah nanti cemane. Tailor kite cakap, beli kain satin 4 meter dan kain chiffon georgette 6 meter sebab include untuk veil sekali. Dia suruh beli yang memurah je. Nanti dah letak pearl dan beads, nampak mahal sket. :-P

Cuma kite belum deal dengan bridal dekat JB. Kite just nak amek pakej mekap jer. Dah tanye doang, mekap saje RM120. Tapi terlupa pulak nak tanya pasal aksesori. Tapi rasanya tak nak kot aksesori. Sebab... Err..majlis simple je. Tak yah lah pakai crown bagai. :-D

Makin hari makin neves. Doakan semoga semuanya berjalan lancar ! ^^ Entry boring sikit. Takde gambar. :-D

Monday, 31 December 2012

Songket Bunga Tabur

Salam.

Boring boring buat tesis, terasa nak hapdet pulak belog yang ini. ^^ Ektuali, dalam pale neh dok pikir, baju untuk majlis bertandang bulan April nanti. Majlis bertandang nanti, sesimple jer. No pelamin. Just makan makan sajer. 

So, kite decide nak pakai baju songket bunga tabur since majlis sanding kat rumah kite nanti, dah pakai ala-ala moden. So, dekat majlis bertandang tuh nanti, nak pakai tradisional sket. Ewah. :-P

Cantik tak?

Yang ni sepasang dengan lelaki.
Tapi tak clear sangat gambar.

Yang ni pun cantik baju dia.

Kite suka yang ni. 
Sweet jer. ^__^

Ni mewah sangat. Artis boleh ler.
(>__<)

Sources untuk semua gambar di atas neh, google jer. Huuu. Antara semua gambar, kite berkenan yang baju biru tuh. Sangat tradisional. Sweet jer. Kan kan? Kite dah dapat satu bridal dekat JB. Nanti ada masa, nak ke sana, try baju. Tengok kat FB, tak puas. Kite dah call dah MUA tuh. Harga pun berpatutan. Sepasang baju lelaki dan perempuan plus mekap untuk both, RM450. Macam murah. Ke ada yang lebih murah? Hihi.

Kalau korang tau bridal area JB yang ada baju cecantik dan murah, do inform me ya! Tapi kite nak area Pasir Gudang dan Masai sahaja tau. Thanks. ^^